2010/05/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DATUK LEE CHONG WEI memberi amaran kepada seteru utama dari China, Lin Dan bahawa dia tidak gentar untuk berdepan juara Olimpik itu pada saingan Piala Thomas yang bermula esok.
SEPAKAT...Pengarah Pemasaran Samsung, Jimmy Tan (kiri) dan Nadzmi (tengah) bersama Chong Wei pada majlis pelantikannya sebagai duta Samsung, semalam.
SEPAKAT...Pengarah Pemasaran Samsung, Jimmy Tan (kiri) dan Nadzmi (tengah) bersama Chong Wei pada majlis pelantikannya sebagai duta Samsung, semalam.
Chong Wei buat kali pertama tampil yakin di hadapan media dengan menyuarakan keyakinannya untuk mengatasi pemain China itu sekali gus meraih mata pertama buat negara andai bertemu China.
“Setakat ini saya tidak pernah kalah kepada Lin Dan apabila bermain di tempat sendiri. Jadi saya yakin boleh menang. Saya akan buat yang terbaik bagi memastikan perkara itu berlaku,” kata Chong Wei selepas majlis pelantikannya sebagai duta produk elektrik Samsung di Stadium Putra, Bukit Kiara semalam.
Menurut Chong Wei, tiada seorang pun pemain yang digeruninya ketika ini kerana dia sudah mempersiapkan diri sebaik mungkin.
Chong Wei bertemu Lin Dan sebanyak 18 kali dan kali terakhir bertemu di final China Masters, September 2009 dan dia tewas dalam pertarungan tiga set.
Berdasarkan rekod pertemuan di Kuala Lumpur, Chong Wei mengatasi Lin Dan pada Terbuka Malaysia 2005 dan 2006.
Chong Wei juga menolak pemain lain sebagai pencabar termasuk pemain muda Jepun, Kenichi Tago.
“Tago atau siapa pun dari pasukan lain bukan pencabar saya. Kalau mampu mencabar sekalipun hanya Lin Dan, tetapi saya yakin mampu mengatasinya,” katanya.
Keyakinan Chong Wei ini pastinya mampu melonjakkan semangat rakan sepasukan yang mengharapkan permulaan meyakinkan daripada pemain nombor satu dunia itu.
Chong Wei diberi cabaran sengit Tago pada Seluruh England, Mac lalu, sebelum pemain negara itu menang 21-9, 21-9 untuk merangkul kejuaraan itu kali pertama.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Mohd Nadzmi Salleh yang berada di sisi Chong Wei gembira melihat keyakinan yang ditunjukkan pemain harapan negara itu.
Sebagai ketua pasukan, Chong Wei berjanji akan membelanja rakan sepasukannya makan sebelum kejohanan bermula, bagi mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.
Jepun berada sekumpulan dengan pasukan negara iaitu Kumpulan B yang turut disertai Nigeria. Skuad negara akan membuka saingan menentang Nigeria, esok, manakala berdepan Jepun pada Selasa depan.
עדיף לא לבהות בשמש בזמן ליקוי חמה.
6 years ago
